1. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
    Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital
  2. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
    Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?
    Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
  4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?
    Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)
  5. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?
    Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
  6. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital?
    Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
  7. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?
    Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.
  8. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?
    Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
DESK OFFICER BAGI URUSAN SUMBER MANUSIA

BIL. NO. SAMBUNGAN JAWATAN CATATAN
1. Ext 104 KETUA UNIT SUMBER MANUSIA
2. Ext 339 Pakar Perubatan (Kontrak)
Pegawai Perubatan (Kontrak)
Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Pegawai Teknologi Maklumat
Pegawai Farmasi
Pegawai Sains
Pegawai Pemulihan Fisioterapi
Pegawai Pemulihan Carakerja
Pegawai Tadbir Rekod Perubatan
Pegawai Dietatik
Pegawai Optometrik
Pegawai Psikologi
Pegawai Kerja Sosial
Jurutera
Pengajar
Ketua Penyelia Jururawat
Ketua Jururawat
Penyelia Jururawat
Juru X-Ray
Juruproses Filem
Seasonal Kontrak
3. Ext 339 Pen. Pegawai Tadbir
Pen. Pegawai Tadbir Rekod
Pen. Pegawai Tadbir Stor
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam
Pen. Pegawai Keselamatan
Pen. Jurutera
Pembantu Tadbir (P/O)
Pembantu Tadbir (Kewangan)
Pembantu Tadbir (Rekod Perubatan)
Pembantu Keselamatan
Juruteknik Komputer
Pembantu Am Pejabat
Pekerja Am
Pembantu Hospital Rendah
Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Ext 106 JUSA
Pakar Perubatan
Pegawai Perubatan
5. Ext 338 Jururawat
(Abjad Nama A – M)
6. Ext 338 Jururawat
(Abjad Nama N – Z)
7. Ext 107 Jururawat Masyarakat
8. Ext 119 Pegawai Perubatan Siswazah (Houseman)
9. Ext 129 Juruteknologi Makmal Perubatan
Pembantu Perawatan Kesihatan
Pemandu Kenderaan
10. Ext 119 Penolong Pegawai Perubatan
Jurupulih Perubatan Fisioterapi
Jurupulih Perubatan (Carakerja)
  1. Bagaimana caranya untuk saya memohon latihan industri di Hospital Miri?
    Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di Hospital Miri perlu membuat permohonan rasmi bertulis kepada Pengarah Hospital Miri. Pelajar perlu menyertakan:

    • Resume pelajar;
    • Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
    • Sijil-sijil yang telah disahkan (yang berkaitan);
    • Surat pengesahan pelajar IPTA/IPTS/Kolej berkenaan; dan
    • Surat atau borang maklumbalas untuk status permohonan pelajar.
      Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.
  2. Bagaimana pula caranya untuk saya memohon menjalani Posting Elektif di Hospital Miri?
    Permohonan rasmi boleh dibuat secara bertulis kepada Pengarah Hospital Miri dengan menyertakan:

    • Resume pelajar;
    • Borang Permohonan Menjalani Posting Elektif Di Fasiliti KKM yang boleh didapati di www.moh.gov.my – Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2008;
    • Surat pengesahan atau sokongan dari Dekan IPTA/IPTS yang berkenaan;
    • Salinan Kad Pengenalan atau Pasport (bagi bukan warganegara) yang telah disahkan.
      Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.
  3. Bagaimanakah akan saya ketahui jika permohonan saya berjaya?
    Surat kelulusan untuk menjalankan latihan Posting Elektif akan dihantar oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kepada:

    • IPTA/IPTS/Kolej yang berkenaan;
    • Pelajar yang memohon;
    • Hospital Miri;
      Atau
      Pelajar boleh menghubungi Unit Latihan Hospital Miri di talian 085-420033 samb. 337.
  4. Adakah Hospital Miri menyediakan kemudahan penginapan?
    Tidak, Hospital Miri tidak menyediakan kemudahan penginapan sepanjang latihan industri berjalan.
  5. Adakah elaun diberi kepada pelajar yang menjalani latihan industri?
    Tiada sebarang elaun dibayar sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan di Jabatan ini.
  6. Bagaimanakah  saya boleh mendapatkan keterangan  lanjut berkenaan dengan latihan industri/Posting Elektif tersebut?
    Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dari:
    Unit Latihan
    Bahagian Pengurusan
    Hospital Miri
    Jalan Cahaya
    98000 Miri
    E-mel : latihan_hm@moh.gov.my
    No. Tel : 085-420033 samb. 337
    No. Faks : 085-416514
  7. Bagaimanakah caranya untuk memohon jawatan kosong di Hospital Miri?
    Urusan pengambilan jawatan tetap ke perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sehubungan itu, setiap permohonan untuk pengisian jawatan kosong perlulah dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu menerusi laman web www. spa.gov.my (SPA8).
    Permohonan kerja secara sambilan (pelbagai jawatan) di Hospital Miri boleh dihantar permohonan rasmi secara bertulis kepada Pengarah Hospital Miri dengan menyertakan:

    • Resume pemohon;
    • Jawatan yang dipohon;
      Salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
      ** Pengambilan hanya dibuat apabila ada keperluan.