Latihan & Kerjaya

Latihan & Kerjaya2017-12-20T10:35:31+00:00
  1. Bagaimana caranya untuk saya memohon latihan industri di Hospital Miri?
    Pelajar yang berminat untuk menjalankan latihan industri di Hospital Miri perlu membuat permohonan rasmi bertulis kepada Pengarah Hospital Miri. Pelajar perlu menyertakan:

    • Resume pelajar;
    • Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
    • Sijil-sijil yang telah disahkan (yang berkaitan);
    • Surat pengesahan pelajar IPTA/IPTS/Kolej berkenaan; dan
    • Surat atau borang maklumbalas untuk status permohonan pelajar.
      Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.
  2. Bagaimana pula caranya untuk saya memohon menjalani Posting Elektif di Hospital Miri?
    Permohonan rasmi boleh dibuat secara bertulis kepada Pengarah Hospital Miri dengan menyertakan:

    • Resume pelajar;
    • Borang Permohonan Menjalani Posting Elektif Di Fasiliti KKM yang boleh didapati di www.moh.gov.my – Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2008;
    • Surat pengesahan atau sokongan dari Dekan IPTA/IPTS yang berkenaan;
    • Salinan Kad Pengenalan atau Pasport (bagi bukan warganegara) yang telah disahkan.
      Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum latihan bermula.
  3. Bagaimanakah akan saya ketahui jika permohonan saya berjaya?
    Surat kelulusan untuk menjalankan latihan Posting Elektif akan dihantar oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kepada:

    • IPTA/IPTS/Kolej yang berkenaan;
    • Pelajar yang memohon;
    • Hospital Miri;
      Atau
      Pelajar boleh menghubungi Unit Latihan Hospital Miri di talian 085-420033 samb. 337.
  4. Adakah Hospital Miri menyediakan kemudahan penginapan?
    Tidak, Hospital Miri tidak menyediakan kemudahan penginapan sepanjang latihan industri berjalan.
  5. Adakah elaun diberi kepada pelajar yang menjalani latihan industri?
    Tiada sebarang elaun dibayar sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan di Jabatan ini.
  6. Bagaimanakah  saya boleh mendapatkan keterangan  lanjut berkenaan dengan latihan industri/Posting Elektif tersebut?
    Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dari:
    Unit Latihan
    Bahagian Pengurusan
    Hospital Miri
    Jalan Cahaya
    98000 Miri
    E-mel : latihan_hm@moh.gov.my
    No. Tel : 085-420033 samb. 337
    No. Faks : 085-416514
  7. Bagaimanakah caranya untuk memohon jawatan kosong di Hospital Miri?
    Urusan pengambilan jawatan tetap ke perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sehubungan itu, setiap permohonan untuk pengisian jawatan kosong perlulah dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu menerusi laman web www. spa.gov.my (SPA8).
    Permohonan kerja secara sambilan (pelbagai jawatan) di Hospital Miri boleh dihantar permohonan rasmi secara bertulis kepada Pengarah Hospital Miri dengan menyertakan:

    • Resume pemohon;
    • Jawatan yang dipohon;
      Salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
      ** Pengambilan hanya dibuat apabila ada keperluan.
Font Resize
Contrast