Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat2018-04-26T15:18:05+00:00

Project Description

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat ditubuhkan pada April 2003. Unit ini bertanggungjawab menjalankan pelbagai fungsi dan antaranya ialah merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT yang dijalankan di Hospital Miri. Selain itu, unit ini berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan bagi peralatan rangkaian, peralatan ICT serta sistem aplikasi supaya dapat digunakan secara optimum dan tidak mengganggu operasi harian.

Unit ini diketuai oleh dua orang Pegawai Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh tiga orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat kepada Hospital Miri ke arah mencapai taraf agensi kerajaan berasaskan teknologi maklumat bagi membantu melaksanakan serta merealisasikan misi dan visinya.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Merancang dan melaksana semua aktiviti ICT termasuk bantuan teknikal dan khidmat nasihat ICT Jabatan.
  2. Memantau infrastruktur rangkaian dan peralatan ICT yang ada di Hospital Miri.
  3. Merancang dan melaksana kursus ICT.
Font Resize
Contrast