Project Description
PENDAHULUAN
Unit Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan, Hospital Miri diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) Gred M48 dan Penolong Pengarah Pengurusan Gred M41. Jabatan ini berperanan dalam merancang dan mengurus aktiviti Sumber Manusia Hospital Miri selain menyediakan khidmat nasihat dan bantuan sokongan kepada aktiviti-aktiviti lain di Hospital Miri.
OBJEKTIF
Memastikan Pengurusan Sumber Manusia dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan Pelanggan.
SKOP PERKHIDMATAN
- Merancang dan melaksana dasar-dasar pentadbiran hospital;
- Merancang dan melaksana semua aktiviti sumber manusia dan pengurusan pejabat;
- Merancang dan melaksana semua aktiviti menggunakan HRMIS iaitu SKT dan LNPT termasuk bantuan perkhidmatan dan khidmat nasihat Jabatan;
- Merancang dan melaksana program latihan dan pembangunan modal insan untuk staf sumber manusia;