Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan2017-12-07T08:25:02+00:00

Project Description

PENGENALAN

Unit ini merupakan salah satu unit sokongan bukan klinikal di Hospital Miri. Jabatan ini telah diwujudkan pada tahun 1986 dan diketuai oleh Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Mengawal, menyimpan, mengeluarkan rekod rekod perubatan pesakit dengan selamat.
  2. Menyediakan statistik dan laporan bulanan dan tahunan HMIS dan bukan HMIS bagi hospital.
  3. Menyelia dan menyelenggara penerimaan laporan perubatan yang diminta oleh pihak Polis, Mahkamah, Majikan Pesakit, PERKESO, Pihak Insurans dan sebagainya.
  4. Mengeluarkan sijil-sijil kematian dan mengesahkan kelahiran dan kematian lewat.
  5. Membuat Notifikasi Penyakit Berjangkit secara ONLINE.
  6. Menyediakan Patient Master Index untuk identifikasi pesakit.
  7. Membuat Koding Penyakit menggunakan ICD10.
  8. Mengatur dan menyelia mesyuarat untuk Lembaga Perubatan PERKESO dan Lembaga Perubatan biasa. DLL.
Font Resize
Contrast