Unit Perolehan & Aset

Unit Perolehan & Aset2017-12-06T12:03:16+00:00

Project Description

PENGENALAN

Unit Perolehan dan Aset adalah salah satu unit di bawah Jabatan Pengurusan dan diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M44 selaku Ketua Seksyen Kewangan dan Akaun, seorang Pembantu Tadbir (K) W22, seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) W17, 3 orang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pembantu Am Pejabat N11. Fungsi utama Unit Perolehan dan Aset adalah bertanggungjawab dalam urusan perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja secara pembelian terus atau sebutharga serta menyelaras pengurusan aset alih dan stor – stor utama di Hospital Miri.

OBJEKTIF

  1. Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja selaras dengan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Merancang dan mengurus aktiviti pengurusan aset dan stor selaras dengan tatacara pengurusan aset dan stor yang sedang berkuatkuasa.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Mengurus perolehan secara pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan Pesanan Tempatan.
  2. Menyelaraskan semua perolehan sebutharga secara eBidding dan eSebutharga.
  3. Menyelaraskan urusan spesifikasi untuk urusan perolehan secara tender oleh JKN Sarawak.
  4. Menyelaraskan pengurusan aset alih kerajaan.
  5. Menyelaraskan pengurusan stok terutama pemeriksaan dan verifikasi di Stor Utama Bekalan Pejabat, Dapur, Makmal dan Farmasi.
  6. Mengemukakan laporan-laporan perolehan, aset dan stor ke JKN Sarawak setiap suku tahun.
Font Resize
Contrast