Project Description

PENGENALAN

Unit Pendidikan Pesakit dan Promosi Kesihatan Hospital Miri mula beroperasi pada Jun 1996 di bawah seorang Ketua Jururawat. Pada Jun 2002 mula dikendalikan oleh seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan. Unit ini adalah unit perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Peranan unit ini adalah mengkoordinasi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit dan promosi kesihatan.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Merancang dan mengkoordinasikan Kelas Pendidikan Pesakit untuk pesakit dan kakitangan.
  2. Melatih kakitangan teknik-teknik Pendidikan Pesakit .
  3. Menyelaras ceramah / seminar berkenaan Diabetis, Darah Tinggi dan Asma.
  4. Membangunkan bahan pendidikan kesihatan yang diperlukan dalam Kelas Pendidikan Pesakit.
  5. Membangunkan peralatan AVA yang diperlukan dalam Kelas Pendidikan Pesakit.