Project Description

PENGENALAN

Unit Pemulihan Carakerja menyedia dan melaksanakan perkhidmatan seperti penilaian, rawatan pemulihan serta khidmat nasihat kepada pesakit dalam wad dan pesakit luar (termasuk pesakit Day Care di Unit Psikiatrik) yang dirujuk oleh pakar dan doktor. Perkhidmatan Pemulihan Carakerja terlibat dalam pemulihan pesakit dalam pelbagai disiplin. Matlamat utama Unit Pemulihan Carakerja adalah menyediakan perkhidmatan pemulihan carakerja yang komprehensif terhadap pesakit pelbagai kondisi melalui aktiviti teraputik khusus untuk mencapai tahap kefungsian / keberdikarian yang optimum dalam aktiviti seharian, pekerjaan dan rekreasi.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Penilaian dan latihan:-
    • Aktiviti harian, kerja dan aktiviti masa lapang
    • Kefungsian tangan (motor)
    • Kognitif dan perseptual
    • Pra-sekolah
    • Kerusi roda
    • Kerja/vokasional
    • Tingkahlaku
    • Developmental
    • Skil sosial
    • Sensori
  2. Lawatan ke sekolah / rumah / tempat kerja
  3. Terapi tekanan (pressure garment, stokinet)
  4. Terapi kreatif
  5. Pendidikan pesakit
  6. Fabrikasi splint