Project Description
PENGENALAN
Unit Keselamatan mempunyai lima (5) orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Keselamatan Kanan Gred KP32.
OBJEKTIF
- Memastikan bahan, perkara-perkara dan maklumat rahsia rasmi dan perkara Rasmi Kerajaan tidak terdedah tanpa kebenaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada kepentingan Malaysia.
- Menentukan kesetiaan penjawat awam terhadap Kerajaan tidak dipertikaikan sepanjang perkhidmatannya.
SKOP PERKHIDMATAN
- Melaksanakan Inspektorat Keselamatan Perlindungan di Jabatan / Unit di Hospital Miri dan menyediakan penentuan-penentuan kelengkapan dan bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.
- Melaksanakan pemeriksaan dan penyiasatan keselamatan di Jabatan / Unit di Hospital Miri untuk menentukan sama ada Arahan Keselamatan dipatuhi atas perbuatan-perbuatan yang melanggar keselamatan.
- Merancang dan melaksanakan program Keselamatan Perlindungan kepada semua pegawai dan kakitangan awam dari semasa ke semasa mengikut keperluan atau permintaan.