Unit Kerja Sosial Perubatan

Unit Kerja Sosial Perubatan2017-12-07T08:19:50+00:00

Project Description

PENGENALAN

Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP), Hospital Miri telah beroperasi sejak tahun 1971. Ia adalah sebuah unit yang memberi perkhidmatan dalam intervensi sosial, psikososial, bantuan praktikal dan kewangan pesakit. Kerjasama dan penglibatan pihak UKSP dengan NGO dan badan kerajaan turut membantu meningkat keupayaan psikososial pesakit terutamanya dari segi bantuan kewangan dan peralatan yang diperlukan. Matlamat utama UKSP adalah untuk memberi perkhidmatan yang efisien dan efektif dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit berhubung dengan rawatan yang mereka terima. Dengan ini, kehidupan pesakit akan menjadi lebih produktif dan seterusnya berfungsi dengan baik dalam arus pembangunan yang semakin bertambah.

SKOP PERKHIDMATAN

Secara umumnya perkhidmatan yang diberikan terbahagi kepada 2 komponen iaitu:

  1. Terapi sokongan,perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit yang menghadapi masalah sosial, emosi dan psikologi. Matologi yang dipraktikkan adalah kaunseling. Biasanya dijalankan dari 30 – 45 minit satu sesi. Setiap pesakit yang dirujuk akan menerima sekurang-kurangnya 1 sesi kaunseling dan sesi yang seterusnya akan dijalankan sekiranya perlu. Contoh kes-kes yang dirujuk adalah DVA (keganasan rumah tangga), ibu tanpa nikah, penderaan kanak-kanak, rogol, cubaan bunuh diri, ketagihan arak, psakit terdampar dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Terapi praktik, perkhidmatan yang membantu pesakit dari segi kewangan, peralatan perubatan yang berkaitan dengan rawatan pesakit. Antara kes yang dirujuk adalah seperti tambang dari / ke tempat rawatan, kos rawatan, pembelian peralatan, sara hidup, mengesan waris dan sebagainya. Sebelum sesorang pesakit mendapat bantuan daripada Unit Kerja Sosial Perubatan, mereka perlu dinilai dari segi sosio-ekonomi terlebih dahulu.
Font Resize
Contrast