Project Description

PENGENALAN

Unit kejururawatan menjadi nadi utama perkhidmatan dengan penyumbang tenaga kerja yang terbesar di hospital dengan jumlah 660 anggota jururawat. Jururawat Jururawat ini terdiri daripada pelbagai kategori dengan kemahiran pengkhususan dalam bidang tertentu. Semua jururawat jururawat ini dibahagikan mengikut keperluan setiap unit/disiplin untuk memberi perkhidmatan perawatan kejururawatan 24 jam mengikut jadual kerja tiga shif , waktu pejabat dan atas panggilan.

Untuk mempastikan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti kepada pelanggan, jururawat-jururawat sentiasa diberi dorongan dan bimbingan dengan mengambil berat cirri-ciri budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme. Demi memberi perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti dengan teknologi terkini juga merupakan tanggungjawab kami, bahagian kejururawatan merancang dan melaksanakan penyeliaan yang berterusan ke atas pelaksanaan polisi dan prosedur kejururawatan dan piawaian kejururawatan bagi memastikan perawatan berkualiti dapat diberikan dengan memberi penekanan terhadap kawalan jangkitan dan pencegah komplikasi.

SKOP PERKHIDMATAN

Menyediakan Perkhidmatan Kejururawatan dan penekanan keatas promosi, preventif, kuratif dan pemulihan dari aspek kesihatan kepada pasakit dalam di wad-wad dan juga pesakit luar serta unit- unit lain seperti Unit Kemalangan dan Kecemasan, Klinik Pakar, unit Hemodialisis, Bilik Bedah dan Unit Penyediaan Alat-alat Steril (CSSD). Jumlah katil keseluruhannya yang disediakan untuk pasakit dalam adalah sebanyak 339 buah.