Project Description

PENGENALAN

Fisioterapi merupakan satu perkhidmatan sokongan yang terdapat di Hospital Miri. Perkhidmatan primer fisioterapi adalah memberi perawatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam wad.

Dalam usaha peningkatan kualiti perkhidmatan, beberapa bidang perawatan khusus diperkenalkan seperti Perawatan Inkontinen,Perawatan Vestibular, Terapi Lympodema selain daripada perkhidmatan perawatan yang disediakan.Aktiviti tambahan perkhidmatan kepada klien di luar skop hospital seperti lawatan ke Pusat Warga Emas Krokop dan Sun Flower Centre.

OBJEKTIF

Matlamat utama Unit Fisioterapi adalah menyediakan perkhidmatan pemulihan yang efektif dan komprehensif dengan pendekatan holistik untuk membantu dan membolehkan seseorang klien mencapai tahap kefungsian yang optima dan pencapaian kualiti hidup berdikari dalam aktiviti seharian.

SKOP PERKHIDMATAN

Fungsi utama unit ini adalah memberi perkhidmatan sokongan kepada kebanyakan Jabatan dan Unit di Hospital terutamanya Jabatan Otopedik,Jabatan Perubatan,Jabatan Pembedahan,Jabatan Pediatrik ,Unit Rawatan Rapi  dan lain-lain lagi.Jabatan Fisioterapi juga memberi perkhidmatan kepada pesakit luar yang dirujuk untuk dari Klinik-klinik Pakar,Klinik-klinik Kesihatan,Klinik-klinik Swasta,Hospital Swasta dan lain-lain sumber rujukan.

AKTIVITI.

  1. Klinik Perawatan Pesakit Luar
  2. Perawatan Pesakit Dalam
  3. Pemulihan Dalam Komuniti
    • Pusat Komuniti Warga Emas Krokop (sekali sebulan)
    • Pusat Sun Flower (dua kali sebulan)
  4. Latihan pelajar Fisioterapi
    • KSKB; Sg Buloh & Johor Bharu
    • Masterskill Universiti College of Health
    • ITA College Sibu
  5. Aktiviti Program Hidup Sihat- Kecergasan Fizikal/Senamrobik
  6. Kelas Pendidikan
    • Pesakit Asma
    • Hypertensi
    • Back and Cervical Pain
    • Stroke
    • OA knee
  7. Penceramah:-
    • Pelatih kejururawatan KKM
    • Kursus PPK
    • Kursus Kecergasan anjuran Unit Latihan
  8. Kursus kesedaran bagi staf hospital
    • Ergonomik & ‘Manual Handling’ (6 sessi)
    • Back care Education untuk staf hospital
  9. Menganjur Kursus Pemurnian Outcome Measure Bagi Ahli Fisioterapi Sarawak
  10. Pembangunan Modal Insan