Unit Akaun

Unit Akaun2017-12-06T12:00:50+00:00

Project Description

PENGENALAN

Unit Akaun bertanggungjawab memastikan kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan jabatan dilaksanakan mengikut arahan, pekeliling dan peraturan dari masa ke semasa. Bagi melancarkan perjalanan kegiatan dan aktiviti hospital, kedudukan kewangan perlu berada ditahap yang baik dan pemantauan yang teliti telah digunapakai.

Unit Kewangan dan Akaun diketuai oleh Ketua Seksyen Kewangan dan Akaun (M44), seorang Penolong Akauntan dan 8 Pembantu Tadbir.

OBJEKTIF

Merancang dan mengurus VOT kerajaan secara efisien mengikut tatacara kewangan dan segala pembayaran diselesaikan dalam tempoh 7 hari.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Mengawal dan menentukan peruntukan dibelanjakan mengikut Arahan Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan dari masa ke semasa.
  2. Mewujudkan satu sistem perakaunan yang boleh membantu pihak pengurusan dalam membuat perancangan dan keputusan.
  3. Mengadakan satu sistem maklumat pengurusan kewangan untuk mengawal prestasi.
  4. Kawalan Peruntukan dan Perbelanjaan melalui sistem eSPKB.
  5. Pembayaran Emolumen – Elaun-elaun dan kemudahan kakitangan.
  6. Urusan bayaran – Pembekal dan Perkhidmatan.
Font Resize
Contrast