Jabatan Perubatan

Jabatan Perubatan2017-12-06T11:40:30+00:00

Project Description

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Am merangkumi Wad Perempuan dan Lelaki serta Klinik Pakar (Pakar 3). Wad Perempuan dan Lelaki terletak di tingkat 1 iaitu kedudukan sama dengan Wad Kanak-kanak di Tingkat Bawah. Wad lelaki mengandungi 27 buah katil dan Wad Perempuan pula mengandungi 28 buah katil. Terdapat satu bilik Kelas Pertama dan 4 bilik untuk pengasingan. Manakala Klinik Pakar terletak di Tingkat Bawah yang kedudukan sama dengan Wad Pembedahan Perempuan dan Wad Perempuan di tingkat atas.

SKOP PERKHIDMATAN

Rawatan Pesakit Dalam

  1. Memberi rawatan yang berpatutan kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.
  2. Menjalankan aktiviti pembelajaran berterusan seperti CME’s, seminar, kursus dan ‘mortality meeting’.
  3. Merujuk kes-kes yang tertentu ke institusi lain untuk rawatan lanjut.
  4. Memberi perkhidmatan kepakaran untuk hospital lain-lain seperti Limbang, Marudi dan Lawas.

Rawatan Pesakit Luar

  1. Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit yang menerima rawatan pesakit luar
  2. Merujuk pesakit luar ke pusat ‘tertiary’ untuk rawatan lanjut (apabila perlu)
  3. Memberi khidmat kaunseling kepada pesakit dan orang persekitaran mengenai kesihatan
Font Resize
Contrast