Jabatan Pengimejan & Diagnostik

Jabatan Pengimejan & Diagnostik2017-12-07T08:14:16+00:00

Project Description

PENGENALAN

Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Miri menyediakan Perkhidmatan Radiologi untuk pesakit-pesakit daripada Wad-Wad, Klinik Pakar, Unit Kecemasan dan Trauma, Dewan Bedah dan Unit Forensik. Jabatan ini turut memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit daripada klinik-klinik Swasta, klinik-klinik Komuniti dan Hospital-Hospital daerah yang berdekatan. Jabatan ini dikendalikan oleh kakitangan yang berkelayakan seperti pakar radiologi, pegawai perubatan, juru x-ray dan kakitangan sokongan yang lain.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan pengimejan yang berkesan, cepat, dan kualiti, melalui prosedur operasi dan persekitaran kerja yang kondusif yang membawa kepada kelancaran aliran kerja untuk semua prosedur.
  2. Mematuhi kod amalan untuk perlindungan pekerja, pelanggan dan orang ramai terhadap sinaran radiasi.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Radiografi Am dan Peperiksaan X-ray Khas
  2. CT- Scan (Tomografi Berkomputer)
  3. MRI (Pengimejan Resonans Magnetik)
  4. Ultrasound
  5. Mamogram
  6. Telekonsultasi / teleradiologi
Font Resize
Contrast