Project Description
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am Hospital Miri merangkumi wad pembedahan lelaki dan wad pembedahan wanita. Terletak di tingkat satu bangunan hospital miri dan masing masing mempunyai 2 bilik kelas pertama, 2 bilik kelas kedua serta 4 kubikel kelas ekonomi yang menyediakan 23 buah katil menjadikan jumlah kesemua katil di Jabatan pembedahan am sebanyak 56 buah untuk kes-kes melecur, pembedahan plastic, onkologi, urologi serta rawatan paliatif dan ENT.
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan pesakit dalam kepada pesakit yang di diagnosis dengan penyakit yang memerlukan pembedahan.
- Memberi rawatan pesakit luar untuk pesakit di klinik pembedahan pesakit luar.
- Menyediakan perkhidmatan pembedahan subspecialty kepada klinik pesakit dalam dan luar
- Menjalankan prosedur pembedahan subspecialty dibawah jabatan pembedahan am berdasarkan dengan masa yang ditetapkan atau pun semasa kecemasan.
- Menjalankan prosedur pembedahan untuk pesakit luar.
- Menyediakan lawatan doktor pakar ke hospital daerah.
- Membantu pesakit untuk mencapai status kesihatan yang optimum semasa berada di hospital.