Jabatan Pediatrik

Jabatan Pediatrik2017-12-06T11:39:42+00:00

Project Description

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik Hospital Miri merupakan salah satu perkhidmatan utama di Hospital Miri. Ianya memberikan perkhidmatan yang meliputi bukan sahaja bandaraya Miri, malah seluruh kawasan zon utara Sarawak, termasuk kawasan Baram, Marudi, Limbang dan Lawas. Jabatan ini juga menerima pesakit dari Hospital Bintulu sekiranya perlu.

OBJEKTIF

Objektif utama adalah untuk memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada semua pesakit di rantau ini. Objektif- objektif jabatan adalah seperti berikut.

  1. Membantu semua kanak-kanak mencapai potensi sepenuhnya dalam kehidupan mereka dari segi fizikal, mental dan sosial.
  2. Mengurangkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak.
  3. Bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat untuk memelihara kanak-kanak
  4. Menjadi pusat latihan bidang pediatrik yang unggul dan cemerlang.
  5. Menjalankan penyelidikan dalam bidang pediatrik.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  1. Wad 1 (26 katil)
  2. Wad 2 (26 katil)
  3. Wad Neonatal (NICU/SCN)

Wad 1

Merawat penyakit berciri perubatan. Kes-kes yang dirawat:

  1. Jangkitan paru-paru
  2. Cirit-birit
  3. Asthma
  4. Jangkitan lain
  5. Kanser

Wad 1 mempunyai 4 bilik pengasingan untuk pesakit kanser (yang kembali ke Miri untuk kemoterapi lanjutan)

Wad 2

Merawat pesakit berciri pembedahan, mangsa kebakaran/melecur, jaundis neonatal. Kes-kes yang dirawat:

  1. Jaundis (fototerapi)
  2. Pembedahan and patah tulang
  3. Telinga,tekak dan hidung
  4. Mata dan pergigian
  5. HFMD (Penyakit EV71 / Coxsackie)
  6. Lain-lain

Wad 2 mempunyai 4 bilik pengasingan untuk kes-kes HFMD dan mangsa kebakaran/melecur

Wad Neonatal

6 katil intensif, 14 katil separa-intensif

  1. Merawat bayi pramatang yang memerlukan bantuan pernafasan
  2. Jangkitan kuman/sepsis dalam minggu pertama
  3. Masalah pernafasan bayi disebabkan jangkitan atau tertelan najis semasa kelahiran atau lemas semasa lahir
  4. Fototerapi dan transfusi darah untuk jaundis/kuning

Perkhidmatan Pesakit Luar
Klinik Pakar 3- semua kes adalah secara rujukan sahaja dari Klinik kerajaan atau swasta, atau susulan selepas discaj dari wad.

Hari Isnin 10am-1pm- Klinik subspecialty –

  1. Neonatal (3-4 kali sebulan)
  2. Penyakit Darah/Kanser) -1 kali sebulan
  3. Penyakit kronik (2pm)- Diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit arthritis(sendi) – 1kali sebulan

Hari Rabu 10am-1pm; 2.15pm -4.30pm

  1. Klinik Pakar Kanak-kanak umum (Khidmat Echocardiography  (pemeriksaan ultrasound jantung) juga dijalankan pada sesi klinik ini)

Klinik Lawatan Subspecialti Kanak-Kanak

  1. Pakar Jantung- 6 kali setahun (Echocardiography)
  2. Pakar Rehabilitasi- 4 kali setahun
  3. Pakar Buah Pinggang – 2 kali setahun
  4. Pakar Onkologi (kanser) – 2 kali setahun
  5. Pakar Otak-saraf – 1 kali setahun

Klinik Lawatan Pakar dari Hospital Miri ke Hospital Daerah/Klinik Daerah

  1. Hospital Marudi- 4 kali setahun
  2. Hospital Limbang- 4 kali setahun
  3. Hospital Lawas- 4 kali setahun
  4. Klinik Batu Niah – setiap 2 bulan
  5. Poliklinik Tudan (klinik pemulihan dalam komuniti)- setiap bulan

Khidmat Wad Day Care (Wad Harian)-

Memberi khidmat rawatan harian secara rujukan dari wad atau temujanji

  1. Pengambilan sampel darah
  2. Transfusi Darah untuk pesakit Thalasemia
  3. Suntikan antibiotik dan kemoterapi
  4. Prosedur kecil
  5. Persediaan untuk CT scan  (pemberian ubat tidur/ubat lali)
  6. Penjagaan CVL (central venous line) untuk pesakit kanser
Font Resize
Contrast