Project Description

PENGENALAN

Jabatan Patologi adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal. Peranan jabatan ini ialah member perkhidmatan patologi yang efektif dan efisyen serta berprihatin dalam perawatan pesakit. Disamping itu, memastikan dan menyedia bekalan darah dan komponen-komponen darah yang diperolehi dari penderma-penderma darah sentiasa mencukupi, bebas dari penyakit berjangkit dan selamat untuk kegunaan pesakit.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menerima spesimen dan borang permintaan dengan teliti sebelum menghantarnya.
  2. Menyediakan perkhidmatan Patologi dan transfusi darah yang berkesan, berkualiti dan menyeluruh keputusan ujian boleh dipercayai secara klinikal.
  3. Memberi perkhidmatan Patologi dan Makmal Diagnostik kepada semua permintaan ujian makmal dari klinik pakar, rawatan pesakit dalam serta kesihatan awam dan spesimen dari hospital-hospital daerah dengan cemerlang.