Jabatan Ortopedik

Jabatan Ortopedik2017-12-06T11:39:23+00:00

Project Description

PENGENALAN

Jabatan Ortopedik, Hospital Miri telah beroperasi mulai Mei 1995. Wad Ortopedik yang terletak di tingkat satu bersebelahan dengan Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Miri. Wad ini mempunyai 37 katil di mana sebanyak 24 katil untuk lelaki dan 13 katil untuk wanita. Manakala Kelas Pertama mempunyai 2 bilik dan Kelas Kedua mempunyai 2 katil.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Memberikan perkhidmatan ortopedik yang berkaitan (trauma, bedah rekonstruksi, dll onkologi) untuk penduduk zon utara negeri Sarawak khususnya bagi masyarakat daerah Miri
  2. Untuk bertindak sebagai pusat rujukan untuk kes ortopedik dari poliklinik yang terdekat atau klinik swasta.
  3. Untuk meningkatkan dan memberikan pendidikan kesihatan dan nasihat kepada pesakit dan ahli keluarganya
  4. Untuk bertindak sebagai pusat rujukan apabila timbulnya kes-kes trauma seperti kes kecederaan tulang belakang atau kes lain yang memerlukan pengurusan lebih lanjut atau penyiasatan ke peringkat yang lebih tinggi.
Font Resize
Contrast