Jabatan Obstetrik & Ginekologi

Jabatan Obstetrik & Ginekologi2017-12-06T11:41:22+00:00

Project Description

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi memberikan khidmat kepakaran dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan. Ia juga merupakan pusat rujukan sekunder untuk kes-kes dari Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak sekitar daerah Miri, Hospital Lawas, Limbang, Marudi dan Bintulu. Jabatan ini turut dijadikan pusat latihan kepada pelatih jururawat masyarakat dan pegawai perubatan siswazah. Lawatan pakar dan pegawai perubatan ke hospital daerah dilakukan setiap 2 bulan bagi memberi rawatan kepada pesakit di bahagian luar bandar. Bilik bersalin mempunyai 10 katil dan 2 daripadanya dijadikan katil HDU/PE. Wad Materniti, iaitu Materniti 1 & 2 terletak di Wad 9 & 10 dengan jumlah 56 katil. Wad Ginekologi terletak di Wad 5 dengan 14 katil. Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi terletak di Blok Pakar 5 dengan 5 bilik pemeriksaan dan 1 bilik ultrasound.

OBJEKTIF

  1. Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan kepada masyarakat di Zon Utara, Sarawak.
  2. Memberi latihan kepada kakitangan kesihatan di Zon Utara Sarawak.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi:

  1. Menerima pesakit Obstetrik & Ginekologi yang dirujuk melalui temujanji
  2. Klinik Ginekologi menyediakan perkhidmatan pakar bagi kes ginekologi secara umum, kes infertility, kes gine-onkologi, kes uro-ginekologi dan kes menopos
  3. Klinik Antenatal menyediakan perkhidmatan pakar bagi kes antenatal yang dirujuk
  4. Klinik Postnatal memberi rawatan susulan bagi kes postnatal yang berisiko tinggi
  5. Menyediakan Klinik Pra Kehamilan dan Klinik Perancang Keluarga
  6. Merawat pesakit antenatal yang mengalami masalah perubatan bersama Pakar Perubatan Am menerusi ‘Combine Clinic’ yang diadakan sebulan sekali
  7. Menyediakan perkhidmatan ‘Detail Scan’ bagi pesakit antenatal yang berisiko

Wad Bersalin:

  1. Menyaring semua kemasukan pesakit yang mengandung 24 minggu ke atas
  2. Menyediakan perkhidmatan melahirkan anak kepada semua ibu mengandung
  3. Memastikan ibu memulakan langkah awal penyusuan susu ibu dalam tempoh satu jam selepas kelahiran
  4. Penjagaan rapi bagi pesakit bermasalah seperti Pre-eclampsia / Eclampsia, PPH, APH, Treatened Premature Labour dan sebagainya
  5. Menyediakan perkhidmatan Epidural dan Entonox semasa bersalin

Wad Materniti:

  1. Menyediakan penjagaan pesakit dalam kepada pesakit antenatal dan postnatal serta bayi mereka
  2. Menggalakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya dan cara penjagaan kesihatan bayi

Wad Ginekologi:

  1. Menyediakan penjagaan pesakit dalam untuk pesakit ginekologi
  2. Menyediakan perkhidmatan gine-onkologi oleh pakar pelawat bagi pesakit dari Zon Utara Sarawak
  3. Menyediakan rawatan kemoterapi untuk pesakit kanser di bawah pengawasan pakar gine-onkologi
  4. Menggalakkan ibu membawa bayi yang menyusu bersama semasa kemasukan ke wad mahupun menjalani pembedahan

Early Assessment Pregnancy Unit (EPAU):

  1. Memberi rawatan pesakit luar kepada pesakit yang bermasalah yang baru sahaja mengandung.

Rawatan Harian (Daycare Services):

  1. Memberi perkhidmatan untuk menjalani prosedur O&G sebagai pesakit luar. Contoh prosedur adalah seperti pemantauan tekanan darah, pemantauan BSP, CTG, Doppler, ECV dan TVS

Rawatan Pakar ke Hospital Daerah dan Klinik kesihatan

  1. Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang O&G di Hospital Lawas dan Marudi, dan klinik Kesihatan Batu Niah.
Font Resize
Contrast