Project Description

PENGENALAN

Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Miri. Perkhidmatan ini mengandungi beberapa komponen utama seperti Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan, Perkhidmatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Pesakit Dalam, Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal, Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun, Perkhidmatan Wad Farmasi, Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal dan juga menawarkan perkhidmatan profesional seperti kaunseling ubat-ubatan pesakit. Perkhidmatan Farmasi ini dihasilkan dengan kerjasama daripada program-program lain di Hospital Miri.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Memberi perkhidmatan Farmasi yang cekap, bermutu, bertanggungjawab dan lebih ekonomi kepada masyarakat.
  2. Meningkatkan mutu kualiti kakitangan Farmasi, dari segi perkhidmatan kaunter dan menurut piagam pelanggan dan bersama-sama meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Farmasi keseluruhannya.
  3. Memastikan semua pesakit mendapat ubat bekalan dalam masa menunggu kurang daripada 30 minit.
  4. Membekalkan ubat dan barangan perubatan dengan cekap dan amanah.
  5. Menyediakan ubat dengan bersih, bermutu serta selamat diambil.
  6. Memastikan keselamatan ubat dan barangan perubatan yang disimpan dan tidak berlaku pembaziran.
  7. Memastikan penggunaan ubat yang rasional.