Project Description

PENGENALAN

Jabatan Dietetik & Sajian (JDS) bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan dietetik klinikal, perkhidmatan makanan dan juga mempromosikan kesihatan bagi membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan makanan sebanyak 4 waktu hidangan sehari dan beroperasi dari jam 5.00 pagi hingga jam 7.00 malam.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal.
  2. Perkhidmatan Sajian Makanan.
  3. Perkhidmatan Ceramah/ Pendidikan Pemakanan.
  4. Sesi ceramah pemakanan di Radio RTM Miri.
  5. Latihan Praktikal Pelajar IPT.