Jabatan Anestesiologi

Jabatan Anestesiologi2017-12-06T11:36:52+00:00

Project Description

PENGENALAN

Hospital Miri mempunyai 2 dewan bedah utama yang terletak di Tingkat 1 dan 1 dewan bedah minor yang terletak berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma. 1 dewan bedah menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk kes kecemasan manakala 1 dewan bedah lagi menyediakan perkhidmatan 12 jam bermula dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari bekerja untuk kes elektif. Dewan bedah minor beroperasi untuk kes-kes di bawah anestesia setempat, prosedur endoskopi dan merangkap untuk kes kecemasan jika kedua-dua dewan bedah utama digunakan serentak.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan penjagaan peri-operatif anestesia dan pengurusan kesakitan (pain management) untuk pesakit yang menjalani pembedahan atau prosedur diagnostik.
  2. Unit ini juga menyediakan penjagaan untuk pesakit yang kritikal dalam surgikal atau medikal dan pesakit kanak- kanak yang memerlukan monitor atau sokongan intensif.
  3. Klinik anestesia – Klinik untuk pesakit luar yang menyediakan penjagaan peri-operatif untuk pesakit yangdijadualkan untuk pembedahan elektif.
  4. Pengurusan anestesia dalam dewan bedah – Anestesia umum dan Anestesia regional.
  5. Pemberian sedatif (ubat pelalian)/anestesia untuk diagnostik/prosedur terapeutik di luar pengurusan dewanbedah contoh Electroconvulsive theraphy (ECT) di Unit Psikiatrik dan Unit Radiologi.
  6. Acute Pain Service” disediakan untuk semua pesakit yang memerlukan pengurusan harian adalah di bawah tanggungjawab pegawai anestesia dan pegawai perubatan yang ditugaskan. Jururawat “Acute Pain Service” adalah bertanggungjawab untuk memberi rawatan ‘acute pain’ (monitor pesakit dalam analgesia terkawal/epidural).
  7. Latihan Pegawai Perubatan Siswazah – bermula dari tahun 2010 unit ini menyediakan kursus untuk Pegawai Perubatan Siswazah.
  8. Kursus ‘Basic Life Support’ juga diselenggara oleh unit ini. Kursus CPR yang berterusan disediakan untuk semua staf hospital.
Font Resize
Contrast