- Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
- Semua kes kritikal (Zone Merah) dirawat dengan serta merta
- Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit
- Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.
- Perkhidmatan klinik pesakit luar dan klinik pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
Piagam PelangganHospital Miri2018-03-12T20:40:50+08:00
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.