Latar Belakang Hospital Miri

Latar Belakang Hospital Miri2018-01-15T09:35:02+00:00

Hospital Miri adalah hospital sekunder yang memberikan perkhidmatan di Zon Utara Negeri Sarawak. Perkhidmatan yang diberikan adalah dari segi perawatan pesakit kepada masyarakat di Bahagian Miri. Hospital Miri terletak di Jalan Cahaya iaitu 2.5 km dari pusat bandaraya Miri dan berkeluasan 87.11 ekar.

Hospital Miri telah mula beroperasi pada 06 Mei 1995, dirasmikan pembukaannya oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Pehin Datuk Patinggi (Dr) Hj. Abdul Taib Bin Mahmud pada 30 Ogos 1996. Hospital Miri mempunyai 349 buah katil dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Oftalmologi, Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Radiologi, Anestesiologi, dan Kanak-Kanak. Bidang utama perkhidmatan Hospital Miri adalah Pesakit Dalam, Pesakit Luar, Perawatan Pra-Hospital.

Font Resize
Contrast