21 OGOS 2020 – Continuos Nursing Education (CNE) telah dianjurkan oleh Unit Kejururawatan. Topik yang disampaikan oleh SJM Paya Anyie daripada Unit Laktasi adalah Sakit Itu Indah bersempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam penyusuan ibu dan anak.
CNE bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta yang hadir. Jumlah keseluruhan yang menghadiri CNE adalah seramai 51 orang iaitu dalam lingkungan kapasiti yang ditetapkan untuk setiap aktiviti.
Norma baharu turut diamalkan sepanjang CNE ini berlangsung bermula daripada pendaftaran peserta sehingga kepada penjarakan tempat duduk para peserta melibatkan aktiviti pengambilan suhu badan, pencucian tangan dan pemastian penggunaan penutup mulut dan hidung. Rekod kehadiran dengan suhu badan juga dilaksanakan.