14 OGOS 2020 – Petang tadi diadakan Continuos Nursing Education (CNE) yang dianjurkan oleh Unit Kejururawatan. Topik yang disampaikan oleh SN Chiew Yit Lam ialah Athma in Children.
CNE bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang ini diakhiri dengan sesi soal jawab bersama peserta yang hadir. Jumlah keseluruhan yang menghadiri CNE adalah seramai 57 orang iaitu dalam lingkungan kapasiti yang ditetapkan untuk setiap aktiviti.
Norma baharu turut diamalkan sepanjang CNE ini berlangsung bermula daripada pendaftaran peserta sehingga kepada penjarakan tempat duduk para peserta melibatkan aktiviti pengambilan suhu badan, pencucian tangan dan pemastian penggunaan penutup mulut dan hidung. Rekod kehadiran dengan suhu badan juga dilaksanakan.