24 JULAI 2020 – Sesi latihan melalui Video Conferencing (VC) anjuran Program Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah dijayakan oleh Dr Lim Han Hua petang ini. Topik yang dikongsikan adalah Basic of Infection Control dengan tajuk perkongsian beliau Facing the Threat of MDRO, Viruses and Fungal Infection.
Sesi latihan yang bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang ini menggunakan aplikasi Zoom Meeting dalam kaedah penyampaiannya kepada para peserta.
Norma baharu turut diamalkan sepanjang sesi ini berlangsung bermula daripada pendaftaran peserta latihan sehingga kepada penjarakan tempat duduk peserta.