23 Mac 2018 – Perhimpunan Bulanan

Perhimpunan bulanan bagi bulan Mac yang telah diadakan pada 23 Mac 2018 bertempat di Bilik Seminar, Asrama Jururawat anjuran Jabatan Nefrologi dengan kerjasama Unit Latihan Hospital Miri.
Aktiviti Ikrar Angkat Sumpah dan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah oleh Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri bersama seluruh kakitangan Hospital Miri telah disaksikan oleh Tuan Othman Bin Ayan, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pencegahan Rasuah Malaysia. Selain itu, aktiviti penyerahan sumbangan oleh Pengerusi Pertubuhan Sarjana Pendidikan Siswazah Hospital Miri berupa 6 buah komputer dan 2 buah pencetak kepada wakil Pegawai ICT Hospital Miri iaitu Encik Clarence.

2018-03-26T08:07:46+00:00
Font Resize
Contrast