Perhimpunan bulanan bagi bulan April yang telah diadakan pada 13 April 2018 bertempat di Bilik Seminar, Asrama Jururawat Hospital Miri. Anjuran bersama Jabatan Dietetik & Sajian, Jabatan Kerja Sosial Perubatan Dan Unit Jurupulih Carakerja dengan kerjasama Unit Latihan Hospital Miri. Aktiviti perhimpunan bulanan telah diserikan dengan sesi ceramah oleh penceramah jemputan iaitu Cik Fadzlida Hanim Binti Abdul Razak, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia Cawangan Miri. Selain itu juga, aktiviti penyerahan sumbangan oleh Pengerusi Pertubuhan Sarjana Pendidikan Siswazah Hospital Miri iaitu Dr Chieng Lee Ling. Sumbangan berupa sebuah Mesin Pencuci & Pengering tersebut diserahkan kepada Ketua Jabatan Dietetik & Sajian Hospital Miri iaitu Puan Koa Ai Ling. Majlis perhimpunan turut diserikan lagi dengan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang ” The Biggest Loser” oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan iaitu Encik James Harry Anak Sulau.