7 OGOS 2020 – Sesi latihan melalui Video Conferencing (VC) anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah disampaikan oleh Dr Chang Hiang Huan. Topik yang dikongsikan adalah Disaster Management.
Sesi latihan yang bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang ini menggunakan aplikasi Zoom Meeting dalam kaedah penyampaiannya kepada para peserta.
Norma baharu turut diamalkan sepanjang sesi ini berlangsung bermula daripada pendaftaran peserta latihan sehingga kepada penjarakan tempat duduk peserta.